PantuN Pantun ertinya umpama. Sepantun maksudnya seumpama, contohnya: Sepantun ayam kehilangan induk. Dilihat dari bentuknya, ciri utama dalam pantun ialah sampiran. Fungsi sampiran dalam pantun inilah yang telah menimbulkan berbagai-bagai pendapat. Ada yang mengatakan bahawa sampiran itu tidak ada hubungannya sama sekali dengan isi. Sedangkan Wilkinson dan Winstedt menyatakan bahawa sampiran (disebut pasangan pertama) merupakan acuan bagi isinya. Profesor Dr. Husein Djajadiningrat mengemukakan pendapat bahawa sampiran pada pantun itu bukanlah permainan sahaja, tetapi ada mengandungi tenaga sakti. Setelah menyelidiki bermacam-macam bentuk sampiran, saya berpendapat bahawa Profesor Dr. Husein menganggap sampiran itu mengandungi tenaga ghaib, tenaga amino yang besar. Lukisan kedudukan sampiran pada umumnya tidak sejalan dengan lukisan isi, maka sukarlah pantun itu dipakai untuk bercerita, berkisah dan lain-lain, seperti halnya dengan syair. Walaupun begitu, keterangan yang menyatakan pantun tidak dapat dipakai untuk bercerita sukar untuk diterima kerana ia pernah didengar iaitu satu cerita yang diceritakan dengan jalan berpantun hingga tamat.
Jenis-jenis pantun Pantun kilat (pantun teka-teki) Pantun kilat biasanya pendek. Panjangnya hanyalah seperdua pantun biasa. Pada pantun kilat umumnya sampiran sahaja yang diucapkan dan jarang diteruskan mengenai isinya kerana biasanya pendengar telah maklum sendiri maksud atau lanjutan sampiran itu. Contohnya: Sudah gaharu cendana pula. Maksudnya: Sudah tahu bertanya pula. Pantun bersejarah Pantun yang dibuat berdasarkan sejarah yang telah berlaku. Contohnya: Telur itik dari Senggora, Pandan terletak dilangkahi; Darahnya titik di singapura, Badanya terhantar di Langkawi. Pantun berkait Pantun berkait ialah pantun yang mempunyai lebih dari empat baris ayat. Pantun ini sesuai digunakan untuk pantun anak dagang, pantun nasib, pantun jenaka dan pantun nasihat orang tua. contohnya
|