Kenalilah musuh anda |
Berikut maklumat mengenai musuh ketat anda, iblis yang dilaknat Allah.
Biodata iblis
Nama penuh: Iblis La`natullah. Tarikh lahir: Sejak dia enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah. Status diri: Fasiq kelas pertama. Agama: Kufur. Tempat tinggal: Orang yang lalai.......hati-hati. Kawasan: Semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati Allah. Tunjuk arah: Tiada haluan perjalanan (bengkang-bengkok). Tempat tinggal tetap: Neraka jahanam. Kaum kerabat: semua golongan Tirani (Tanghut).
Perniagaan
Modal pusingan: Angan-angan kosong. Tempat pertemuan: Pasar. Musuh: Tiap-tiap orang Islam. Moto kerja: `Hipokrasi Asas Akhlak` Warna: Segala warna seperti sesumpah. Tiap-tiap tempat ada warnanya. Kesukaannya: Orang yang lalai dari mengingati Allah. Yang melemahkannya: Istighfar. Lambang korporat: Sebarang tatu. Pejabat: Bilik air. Sifatnya: Muzabzab. Mengikut angin, menurut keperluan. Rakan kongsi: Orang-orang munafiq. Sumber-sumber rezeki: Harta-harta haram. Bilik operasi: Tempat-tempat najis dan maksiat. Jenis perkhidmatan: Menyuruh yang mungkar dan menggalakkan kemungkaran. Arahannya: Manusia melakukan kejahatan (perkara yang tidak baik). Jawatan: General Manager Golongan Al-Maghdubi Alaihim dan Golongan Ad-Dhallin. Tempoh perkhidmatan: Sampai hari kiamat. Laba perniagaan: Habaan Manthuri (masuk angin keluar asap). Rakan kongsi: Syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia. Teman sejawat: Orang yang berdiam diri, tidak menyatakan kebenaran. Jenis tunggangan: Pembohongan. Ganjaran; Dosa dan segala jenisnya. Kaedah komunikasi: Mengumpat, mengadu domba dan mengintip. Yang ditakuti: Mukmin yang bertaqwa. Yang dibenci: Orang yang selalu mengingati Allah, baik lelaki mahupun wanita. Daya tahan: Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah. Perangkapnya: Wanita. Kegemarannya: Menggoda dan menyesatkan. Cita-citanya: Semua manusia menjadi KAFIR. Ajalnya: Pada waktu yang tertentu menjelang kiamat. Kerja yang disukai: Homosex dan lesbian. Kod isyarat: Aku (sebutan egoistik orang yang takkabur). Para pengikutnya: Seniwati dan seniman. Janjinya: Menjanjikan kefakiran. Yang menyebabkannya menangis: Apabila orang sujud kepada Allah.
Petikan kitab: Al-Wilayah Minaljin Waal Syaitan.
Semoga ia menjadi renungan kita bersama........sedarlah!
|