tengoklah mesti best..... Lakaran Mutiara Kejayaan bukan milik orang yang pandai tetapi milik orang yang rajin berusaha. ***** Berjaya merancang bererti merancang untuk berjaya. ***** Orang yang tidak dapat memimpin dirinya sendiri, tidak akan mampu memimpin orang lain. Ilmu itu di dalam dada bukan di tulisan. ***** Kenalilah dirimu sendiri agar engkau mengenal Tuhan dan jangan lupa Tuhanmu agar engkau tidak lupa akan dirimu. ***** Sekiranya kita gagal menjadi garam yang memasinkan laut, jangan kita menjadi lalat yang membusukkan ikan. Jangan takut mencuba sebelum berjaya,jangan mengaku kalah sebelum mencuba, jangan berputus asa sebelum kamu berusaha kerana pengorbanan asas kejayaan. ***** Ramai orang lebih mudah merasa nikmat bercinta sesama manusia terutama yang didorong hawa nafsu. Namun berapa ramaikah yang mendapat nikmat mencintai ALLAH sehingga menitiskan air mata. ***** Orang yang banyak berkata akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa adalah neraka lebih layak untuknya. Sebaik-baik berfikir ialah memikirkan tentang kebaikan orang terhadap kita dan kejahatan kita terhadap orang. ***** Ilmu pengetahuan tanpa agama akan jadi pincang, agama tanpa ilmu pengetahuan akan manjadi buta. ***** Kejayaan tidak pernah berakhir dan kegagalan tidak pernah musnah , yang penting ialah ketabahan. Jangan membuang waktu dengan menanti. Sesungguhnya menanti itu diiringi dengan kemalasan. ***** Hidup yang mengabdikan kepada ilmu pengetahuan adalah yang paling mulia. ***** Kawan setia sukar dicari tetapi apabila kamu sudah menjumpainya, pastikan kamu tidak kehilangannya. Kecantikan sering mmbuatkan kita jatuh cinta, tapi tidak semua kecantikkan dapat membahagiakan. ***** Anggaplah kekecewaan sebagai landasan untuk kita meneruskan hidup ini. Biar kita kecewa di dunia asalkan tidak kecewa di akhirat. ***** Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata, namun terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu. Jadilah sebaik mungkin kalau tak sempurna pun. ***** Percaya pada diri sendiri adalah rahsia utama untuk mencapai kejayaan.
cute tak......
|