guestan.gif (2288 bytes)

Sunset.gif (1346 bytes)

 

tweety.gif (8574 bytes)seloka

Seloka yang asli terdapat dalam buku Mahabharata yang memuatkan 100 000 seloka dan Ramayana Walmiki  berisi lebih kurang 24 000 seloka. Bentuk seloka dalam kesusasteraan Melayu menimbulkan bermacam-macam keraguan. Di dalam buku kesusasteraan lama seperti hikayat, kisah dan sebagainya kita sering menjumpai perkataan seloka tetapi contoh yang diberikan ialah pantun belaka.

   Dalam A Malay English Dictionary, R.J. Wilkinson terdapat keterangan bahawa seloka adalah ucapan yang berisi sindiran dalam bentuk yang tiada tetap sajaknya sementara Dr. C. Hooykaas dalam bukunya Perintis Sastera menyatakan bahawa dalam bahasa Melayu, seloka itu ialah suatu sajak dari empat baris yang masing-masing terdiri daripada empat perkataan dari lapan hingga sebelas suku kata dan bersajak sebagai kalimat-kalimat syair tetapi dalam empat baris ataupun seperti kebanyakan pantun.

         Bentuk seloka adalah tetap empat baris seperti syair. Isinya pula sama dengan seloka yang lain, iaitu mengandungi sindiran terhadap kelakuan seseorang yang kurang baik, bodoh, dungu, pemadat dan sebagainya. Menurut pendapat saya,seloka itu mempunyai bentuk yang tiada tetap jumlah barisnya dan isinya mengandungi sindiran terhadap sifat serta sikap seseorang dengan maksud untuk dijadikan bidalan belaka.

 

Rainbar.gif (2220 bytes)

backclr.gif (6135 bytes)

 

bunga.jpg (2917 bytes)