Make your own free website on Tripod.com

tweety.gif (2643 bytes)belajar rajin-rajin tau......

Rainbar.gif (2220 bytes)

guestan.gif (2288 bytes)

Gurindam

Gurindam termasuk bentuk puisi lama yang banyak terdapat dalam masyarakat Melayu/ Indonesia. Gurindam yang terkenal ialah gurindam dua belas. Ia bukanlah bererti gurindam itu berjumlah dua belas buah. Ia adalah gurindam yang berisi dua belas fasal yang menyangkut dengan ibadat, perseorangan, kewajipan raja, kewajipan anak terhadap orang tua,tugas orang tua terhadap anak, sifat-sifat bermasyarakat dan sebagainya.

Di dalam masyarakat orang tua-tua, sering kita terdengar ucapan: Ah, kamu belum tahu nan empat. Dari beberapa orang tua-tua kami mendapat keterangan bahawa yang empat itu ialah tanah, air, udara dan api iaitu empat zat yang menjadikan manusia mula-mula (Adam). Ada pula yang menerangkan bahawa yang empat itu dasar nasib manusia, yang diumpamakan dengan gunung. Ada masa mendaki, ada masa menurun, ada masa melereng dan ada masa mendatar. Manusia harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang dihadapinya.Walauapapun gurindam adalah sesuatu yang terang ertinya dan mudah difahami.

fountwht.gif (2223 bytes)

 

Contoh-contoh gurindam

ball.gif (914 bytes)Barangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.ball.gif (914 bytes)

ball.gif (914 bytes)Hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.ball.gif (914 bytes)

ball.gif (914 bytes)Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak murka.ball.gif (914 bytes)

ball.gif (914 bytes)Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.ball.gif (914 bytes)

bunga.jpg (2917 bytes)backclr.gif (1972 bytes)bunga.jpg (2917 bytes)

Barblue.gif (1437 bytes)

Lips.gif (6834 bytes)cute tak......!